Translate

Popular Posts

Monday, February 25, 2013

TOYOL....susah nak percaya... tapi kena percaya juga....



Things go missing almost everyweek....
pelik kan... adakah ini kerja  
"TOYOL"?????

What is TOYOL...


A Toyol is an infant spirit from Malay mythology of South-East Asia (notably Indonesia, Malaysia, Thailand, and Singapore).
 Invoked by a Bomoh (or Dukun) from a dead human foetus using black magic.
 Typically the size of a new born with a big head, small hands, clouded eyes and grey bloodless skin. 
Kept in a urn or jar until needed, they are a mischievous spirit used for theft, sabotage and even murder. 



Not very intelligent, and are easily distracted by marbles, beans, sand and strands of garlic used by humans to divert them. 
They have a severe phobia of their own reflection and humans often take advantage of this by placing their money and other valuables under mirrors. 


In return for stealing and other petty crime the owner is required to provide them with blood suckled from his wife’s (or another female member of their family) breast.
 If injured the Toyols wounds will surface on it's adopted owner.


*Due to the fact that toyols have bodies that should be dead, they usually have skin with a greenish or bluish hue, and eyes that are red.
 It has small sharp teeth with which to feed, and might have long messy hair. 
Toyols are not known to fly, but they are very good at hiding from humans.
 There are no known warning signs that a toyol is about, except that things go missing often. 
Toyols may also suck on the big toes of people who are sleeping, so sometimes small bite marks are also indications that a toyol was present (although I'd rather suspect a mosquito was at work).

Serammmmm..... macam mana nak halang dari gangguan TOYOL?????

*To stop a toyol from disturbing you, you can either try to catch the toyol using mice traps or engage the services of a more powerful bomoh than the one who resurrected the toyol
 in the first place.
* Making peace with the neighbour whom you suspect the toyol belongs to is also
 a good move to make.

*Some people claim that the toyol's appetite would increase as they perform more and more tasks, until the point where they may require fresh blood from an entire human adult to satisfy their craving. 
Sometimes toyols will accept money
 in place of blood.

= (



Wednesday, February 20, 2013

Pendaftaran Haji & Daftarlah untuk Anak2...


Lama x Story Mory kan...

ok, hari ni nak share sikit Info pasal 

Pendaftaran Haji...

Setiap kali pulang ke Kampung di KB...
Jalan nak masuk ke rumah my Beloved Mother In Law (BMIL) ada pejabat Tabung Haji Kelantan...

A few years back dah lama juga, x silap time tuu raya puasa...semua kids loaded..
Mum kata, Jom buka akaun kat Tabung Haji..
kebetulan surat beranak kids bawa setiap kali nak balik kampung....
Risau juga nak travelling balik KL masing2 penuh poket...
nak selamat better masukkan ke dlm akaun...
Maka, Alhamdulillah kami semua buka akaun kat Tabung Haji...
Sewaktu nak buka akaun TH, pegawai TH tanya..
x mahu daftar Haji ker??
"Tak apa, daftar dulu, bukan nak pergi sekarang pun. Nanti bila dah sampai giliran tu In Sha Allah dah bersedia. Kalau belum, boleh tolak dengan alasan munasabah."

Waktu tuu memang x terbuka hati lagi nak buat Haji.. Kids still small (alasan waktu itu)
 so kami kata x perlah nanti nanti...

X sangka selepas pulang ke KL... 
soalan pegawai TH tersebut 
asyik duk terdengar2...
Maka, sebulan selepas itu Mum & BigBoss ke Pejabat TH di Jln Ampang dan terus mendaftarkan diri... 
Alhamdulillah.

Rezeki Mum & BigBoss mendaftar sewaktu tiada niat hendak mengerjakan Haji lagi.

Sekarang dah 2013, panggilan ke Baitullah mula terasa semenjak tahun lepas lagi. Tahun lepas ditolak sebab quota tak mengcukupi...
Tahun ni merayu lagi untuk pergi.
Namun tiada jawapan positif lagi,
 kuota tambahan tiada nampaknya.
 Terus bedoa dan berharap.
 In Sha Allah pilihanNya adalah yang terbaik.
 Kami berdoa agar ada rezeki untuk ke Mekah lebih awal dari tarikh jangkaan.
 Apa2pun ianya tertakluk kepada kekosongan pada satu-satu masa kan.
Kena sabar, x mahulah potong2 queue orang lain..

*******************

Isnin lepas ke pejabat TH untuk kemaskini buku2 akaun dan pertukaran alamat... 
Alhamdulillah adalah rezeki sikit. 
Bonus TH tahun ini agak banyak kan dari tahun2 yang lepas... 
Alhamdulillah Alhamdulillah...Syukur.

Otw ke TH,
Memang dari rumah dah pasang niat nak tolong daftar Haji - anak2 bujang Mum yang dua orang tuu. Sampai di sana... pegawai TH tanya, kenapa tak daftarkan terus anak2 yang lain? 
Mum Tanya...Kenapa? Pegawai tersebut kata kalau daftar tahun 2013 ni.. kena tunggu lagi 44 tahun untuk giliran naik Haji...
Terdiam jap Mum...
 Lamanyer sekarang ni nak tunggu 
queue buat Haji...
Memandangkan dalam akaun Kids
 dah cukup jumlah yg diperlukan...
Mum pun tolong daftarkan untuk semua my kids yang still studying... 
x kiralah sekolah menengah ker, sekolah rendah ker... daftar jer dulu..
Alhamdulillah Lega rasa...


Agak lucu melihat borang2 my kids...
 Basyier, In Sha Allah umur 63, 
LuqH 60, Sofia 57 & Maryam 52....
Cam mana agaknyer rupa mereka waktu tuuu...


Mum nasihatkan sekarang ni sesiapa yang masih belum daftar Haji deposit jer RM1,300
 dan daftar terus. 
Jangan risau duit x cukup atau xder duit...
In Sha Allah, kita terlintas jer atau terniat nak daftar pun... rezeki akan ada...
Skim mendaftarkan Haji menggunakan caruman KWSP pun ada.
 Tak silap Syaratnya pun mudah sahaja, mesti ada minimum RM1,300 di akaun 1 KWSP dan ianya tidak perlu dikeluarkan pun. Mestilah berumur tidak lebih 55 tahun dan wajiblah beragama Islam.
 Jika pejabat Tabung Haji jauh dari tempat anda, pendaftaran melalui KWSP ni boleh juga dilakukan di cawangan Bank Rakyat dan juga Bank Islam. Jangan lupa bawa MyKad dan penyata KWSP anda ya. Sekali lagi diingatkan Ahli KWSP tidak perlu mengeluarkan simpanan untuk mendaftar haji, tunjuk penyata KWSP sahaja, dan bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Tabung Haji boleh membukanya di cawangan Tabung Haji dengan deposit yang minimum saja. 
Untuk keterangan lanjut boleh baca soal jawab di laman web KWSP. 

Satu lagi dugaan nak daftar Haji... selalu orang akan berkata... Jauhnyer nak pergi pejabat TH atau mana ada masa nak beratur dan menunggu lama kat pejabat TH...
dah lah jauh, jalan jem, cari parking berapa kali pusing dan etc etc... ader jer alasan kan...
no worries,
Zaman serba canggih ni..
Daftar memalui Web pun boleh...
Hanya di hujung jari jer...


 Pendaftaran haji ini adalah salah satu medium bagi memudahkan pendeposit TH untuk membuat pendaftaran haji.
Apa yang anda perlu lakukan adalah membaca syarat-syarat pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran secara Online.  
 Siapa yang layak mendaftar.
 1. Pendeposit TH yang mempunyai simpanan minimum RM1,300.00 dalam akaun TH.
 2. Tidak pernah menunaikan haji dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pendaftaran haji dibuat. 

 So, amat amat di sarankan kepada friends and family  semua jika belum daftar lagi, pergilah daftar segera.
 Tersangat ramai yang tengah menunggu giliran sekarang ni. 
Entah-entah kalau pergi lagi seminggu,
 kena tunggu lagi 46 tahun... Waa lagi tuaaa. 
larat ker nanti nak ke sana...????
Melainkan ada rezeki lebih, bolehlah pergi dengan mana-mana travel agency &
 boleh pergi awal sikit lah tapi itu pun tidak dapat nak pasti....bergantung kepada rezeki dan qouta..

 Semoga Allah panjangkan umur My Family & me supaya dapat menjadi tetamunya & berdoa supaya pada masa umur tu, kami masih kuat untuk mengerjakan ibadahnya. 

Yang pasti apa yg perlu dibuat adalah berdaftarlah haji kerana salah satu syarat Haji adalah berkemampuan
 - aman dalam perjalanan pergi dan balik
 dan yang ditinggalkan. 
 Ini boleh dikiaskan bahawa berdaftar adalah hukum tempatan yang perlu dibuat 
oleh semua orang. 
Sekurang kurangnya, ditakdirkan Allah kita meninggal dunia sebelum sempat menunaikan rukun yang ke 5 ini. Kita sudah daftar haji. 
Tapi, belum mendapat panggilan haji 
daripada Tabung Haji. 
Tapi, kalau kita meninggal dunia sebelum sempat daftar haji sekalipun.
 Walaupun kita berkemampuan.
 Apa kita nak jawab dihadapan Allah nanti.

p/s : take note, sekiranya diri sendiri dah daftar... Alhamdulillah Syabas... tapi TOLONGLAH daftar kan nama anak2 yer... kalau nak mereka sendiri daftar kena tunggu bila mereka bekerja nanti.... PANJANGGGGGGG/LAMA lah
 masa menunggu mereka...
Kesian kat anak2...
Bagi yang baru dapat baby tuu...
bolehlah buka akaun Tabung Haji... 
Baby Baru murah rezeki... 
setiap RM (rezeki) yang baby dapat, 
masukkan jer ke dalam akaun TH dia....
Mum memang buat begitu selalu..
 dari kecil, setiap rezeki baby dapat...Mum masuk jer ke dlm akaun terutama duit2 raya.
Dulu Mum buka akaun lain...tapi bila semua dah ada akaun Tabung Haji... mum transfer jer ke dlm akaun Tabung Haji kids... 
Alhamdulillah, mudah, lancar & senang jer Mum daftarkan nama Anak2 untuk Pendaftaran Haji hari tu...


Sharing is Caring....

Friday, February 15, 2013

Perkara Sunat yang patut dilakukan pada Hari Jumaat.....



Assalammualaikum.....

Sharing is Caring...

Perkara Sunat yang PATUT dilakukan pada
 HARI JUMAAT

* MANDI
bagi orang yang hendak pergi menunaikan Solat Jumaat dan membersihkan badan daripada segala kotoran.

* MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT
sekiranya panjang, mencabut bulu ketiak, menggunting misai dan mencukur bulu ari ari.

* MEMAKAI BAU BAUAN YANG WANGI dan
MEMAKAI PAKAIAN YANG BERSIH DAN INDAH

* SUNAT DIAM ketika khatib membaca khutbah.

* MAKRUH MELANGKAH TENGKUK atau bahu orang untuk mendapatkan saf hadapan.

* SUNAT MEMBACA SURAH AL-KAHFI dan SURAH YASIN pada siang dan malam Jumaat.

* Memperbanyakkan doa siang dan malam

* Sunat memperbanyakkan amalan akhirat seperti bersedekah.

* Memperbanyakkan Selawat ke atas Nabi SAW.

* Mendirikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid walaupun imam sedang membaca khutbah.




Doa Ringkas dan Mudah tapi amat berkesan... menjadi amalan setiap masa.....


DOA NABI YUNUS DI DALAM PERUT IKAN

 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

 (La ilaha illa anta 
Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

 Ertinya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim.
" SURAH AL-ANBIYAK(21):87  

 Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. 
Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda
 dari perut ikan tersebut.
 Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. 
Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. 
Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain.

Moyangku tercinta Hajjah Wan Fatimah (nekwan)... 
Telah menggajar ku AYAT / DOA ini 25 tahun yg lalu... 
Menjadi amalan sejak itu... 


Biasa Mum tak akan henti2 baca ayat ini
 pabila ada tanda2 bersalin.....

seperti ketika...

Bloody Show  dan Pecah Ketuban (doktor pecahkan)  

Mum tak biasa pecah ketuban.... ramai juga begitu... 
kira dalam realiti sebenar ada yang lalui proses tersebut ada yang tak...
 Mum nak juga terjadi cam dalam cerita drama atau filem.
Dimana wanita/pelakon... selalunya akan tahu bila mereka bakal melahirkan apabila ketuban pecah. Hihihihi...
Ye lah..
mostly wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin - dimana kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin (like me)
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya terjadi dan  mengesyaki yang ketuban sudah pecah, cepat2lah  ke Hospital atau 
berjumpa dengan doktor - ASAP / segera.

Setiap kali dah dekat nak bersalin Mum akan alami...
tanda darah / Bloody Show.
di mana selalunya terdapat lendir pekat bercampur 
darah keluar dari faraj. 
Ini adalah pluk mukus yang menghadang 
sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks. 
Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Emmm... bila dah turun darah ni... 
sakit sakit Mum akan start....
 so nak divert sakit sakit yg memang sakit sangat2 tuuu....
 Mum akan baca ayat ini... 
I tell you, x perlu ambil ubat penahan sakit pun... 
baca jer dan kita cam akan lupa pada kesakitan tersebut...
Sewaktu proses bersalin pun begitu...
Mum just baca & baca & baca dalam hati...
dan In Sha Allah..Alhamdulillah... Mum selalu tenang dan semua anak2 Mum lahir dgn Mudah, Cepat & Selamat....

Bagi my kids pula.. 
selain dari menjadi doa harian...
 setiap kali nak exam, dlm kesakitan, kesusahan, ketakutan.......... etc etc... mereka akan baca & baca & baca...
 Alhamdulillah berkesan...


Senang sangat...pendek saja ayatnyer
cuba amal dan tengok rahsianyer...

Sharing is Caring....


Saturday, February 9, 2013

Don't cut off your nose to spite your face...




or

Cut off one's nose to spite one's face....

The meaning :

Do not act rashly in pride,
 anger, retaliation etc...
because you might end up hurting yourself or your own interests rather than anybody else...

The meaning does make sense. 
in another words the phrase is an admonition not to do something that is meant to cause spite to others but only ends up causing spite to yourself...
It is an informal idiom meaning harming oneself out of pique, meaning that due to the fact that you were angry, you did or said something to provoke and harm other person, which consequently harmed you...

Disadvantage yourself in order to do harm to an adversary..

When first read ... seems odd to me... 
why a person so stupid to cut off his or her own nose - always a mystery to me...

Apa apa fikir dulu sebelum bertindak.... Tenangkan diri... Kalau tak...kita juga yg rugi.... Sharing is caring....





Friday, February 8, 2013

Happy Holidays...


Life can be stressful
 but you shouldn't stress yourself...
Have fun, Enjoy the holidays....
Drive carefully & Take care...

Especially for families & friends..









Pumpkin and Prawn in Coconut Milk (pepagi dah masak)



Tuuu dia... 
Mood bercuti dah on..
 speaking2 gitu
&  pepagi dah masak
sebab lepas ni buzy nak packing....

- in Malay
Masak Lemak Labu Peringgi (kuning) 
dgn Udang...
- my version...

Ingredients :

Yellow pumpkin
normally I use only half
cut into large pieces
Fresh Thick Coconut Milk
Fresh Tumeric 1cm
Red Onions 2
1 Garlic
Black Pepper
Fresh prawns
1 teaspoon tumeric powder
Shrimp Paste (belacan) 
cili padi satu atau dua...
Sugar / Salt
(sukatan agak2 lah yer...)

Method :

Place Pumpkin into a pan and add water..boil
(just a little bit to make the pumpkin soft...
ni versi nak cepat masak...)

while waiting for the pumpkin jadi lembut sedikit...
Blend Onions, garlic, fresh tumeric, tumeric powder, salt, black pepper, sugar & belacan
together with the thick Coconut Milk 
until smooth.

Add the mixture into the pumpkin & cook on low to medium heat to prevent coconut milk from curdling.



Add fresh prawns
Once the prawns is cooked..taste before serving..



ala2 ginilah yer....
Nak hidang for Lunch.. so Mum snap snap
terus menerus jer dari dlm periuk ...
Panas panas lagi...

nak sedap...
lauk ni peneman dia...
Ikan Goreng Garing2...
atau Ayam goreng simple tapi garing...
sambal belacan 
ulam2..

tapi 
boleh juga cuba 
resepi ni...



I use baby pakchoy... kailan, sawi also can...
cara2 dia..
Vegies tuu di blanch sekejap..put aside.

Tumbuk beberapa biji cili padi 
+ garlic 1
till halus
Tumis guna minyak yg sedikit till wangi tapi jangan bagi garlic hangit...
Masukkan sedikit air..
+ oyster sos 
+ kicap masin
+ kicap masin
semua sikit2 jer...
dahhh siap..
angkat & gaul2 bersama sayur tadi..
hidang & mamam...


Selamat mencuba...
Assalammualaikum....




Thursday, February 7, 2013

KUZI KAMBING....fuyooooo....


Flip flip my COOK BOOK...
Terjumpalah pula resepi niiii...
punyer lah lama x buat...

Kuzi Kambing...
Fuhhh...baca pun dah terliur...
kebetulan pula baru beli Lamb tadi...
petang ni x sempat lah buat...
will cook this tommorow...


KUZI KAMBING  ni MERUPAKAN RESEPI LAMA YANG DIMASAK OLEH ORANG MELAYU UNTUK MAJLIS KENDURI ...
TUU DULU DULULAH...

SEKARANG NI, ADA MASA, ADA BAHAN...JALAN JER... 
SENANG SANGAT..

 MASAKAN INI BOLEH DIMAKAN DENGAN NASI TOMATO, NASI PUTIH ATAU NASI MINYAK DENGAN DIIRINGI OLEH ACAR TIMUN, NENAS DAN JUGA SAMBAL BELACAN... SENANG KAN...
tapi yg bestnyer ....
KUZI KAMBING JUGA BOLEH DIMAKAN DGN ROTI ATAU BUN
(lagi best actually..)

Nak tahu how...
BAHAN BAHANNYA :

SATU BAHAGIAN KAKI KAMBING
isi pun boleh jer...
tapi if ada tulang tuu bila hidang....
wah, nampak menyelerakan sungguh....

SATU CAWAN HATI DAN PARU KAMBING YG DIPOTONG HALUS DAN DIGORENG.

SATU CAWAN BUAH BADAM, YG DIKUPAS KULIT ATAU BELI YG DAH DIKUPAS - senang... 
LALU DIGORENG DAN DIPOTONG IKUT CITARASA.

SATU CAWAN KISMIS GORENG.

DUA CAWAN BAWANG MERAH DIHIRIS DAN DIGORENG SEHINGGA WANGI/GARING

2 CAWAN BAWANG MERAH YANG DI BLEND

 AIR secukupnya

1 TIN SUSU CAIR IDEAL

SETENGAH BOTOL SOS TOMATO MAGGI

4 BIJI BUAH TOMATO YANG SEDERHARA BESARNYA DIRENDAM DLM AIR PANAS DAN DIKUPAS KULITNYA.

4 BIJI BUNGA CENGKIH
4 BIJI BUAH PELAGA
1 INCI KULIT KAYU MANIS
1 SUDU KECIL JINTAN PUTIH

SEDIKT KUNYIT debu @ fresh terpulang...
GARAM / GULA SECUKUP RASA

1 SUDU BESAR MINYAK SAPI 
@ BOLEH CAMPUR DENGAN PLANTA
bagi yg x suka bau minyak sapi..

Now..
CARA2NYA :

 BAWANG MERAH DAN JINTAN PUTIH BIAR SEBATI (tapi make sure dah di blend atau ditumbuk dulu).. 

TUMBUK KUNYIT SEHINGGA SEBATI DENGAN GARAM DAN SAPUKAN PADA KAMBING.
 GORENG KAMBING SEHINGGA
 KUNING / angkat.

HANCURKAN BAWANG MERAH YG TELAH DIGORENG DAN CAMPURKAN DGN SEPARUH DARI BAWANG MERAH YG DIKISAR,
+ SUSU CAIR,
+ BADAM YG DIPOTONG, 
+PARU DAN HATI KAMBING YANG TELAH DIPOTONG,
+ KISMIS, 
+SOS TOMATO 
DAN RAMASKAN TOMATO YG DIRENDAM DALAM AIR PANAS + sekali 
 SEHINGGA MENJADI KUAH YG PEKAT

PANASKAN MINYAK SAPI + PLANTA @ MINYAK SAYUR ....
TUMIS BAWANG KISAR + Jintan putih yg SELEBIHNYA tadi BERSAMA DGN BUAH PELAGA, BUNGA CENGKIH & KKMANIS.
BILA DAH WANGI... 
MASUKKAN KAMBING Dan Air
 lalu TUTUP KUALI TERSEBUT.

MASAK SEHINGGA DAGING KAMBING LEMBUT DAN SESEKALI ALIH2 KAN KAMBING TERSEBUT SUPAYA TIDAK HANGUS. 
setengah masak atau pabila mendidih...
MASUKKAN PULA KUAH PEKAT TADI .

MASAKKAN DI ATAS API YANG PERLAHAN SEHINGGA DAGINGNYA BETUL BETUL LEMBUT DAN SEBATI DENGAN KUAH.
Balik2 kan kambing agar tidak hangus...

Jangan lupa masukkan bahan2 perasa ikut citarasa masing2..
if kat Kelantan... kuah dia agak manis sedikit...
tapi yg pasti....
Fuuuuhhhhh....mama mia...

Selamat Mencuba...
Sekali sekala tukar menu...


bye for now...

Sharing is Caring...








Monday, February 4, 2013

Aaron Aziz U lloz....


Assalammualaikum....
Hello....

Had a very hectic week & weekend last week....
so today terpaksa & dipaksa ke spa...
lega dapat buat 
Thai Aromatherapy Massage di
Thai Odeyssey 1 Utama...
(just nearby so sempat ambil kids balik sekolah..
time management is very important)...
after 
One & half hours... 
 sempat lagi shopping2 jap...
Tuuu terapi paling berkesan acutally...
betul x?
 hahahahaha..

Lately mahu x penat...
nowdays x kira kan school holiday or not...
situ sana sini kenduri kahwin....
x pergi x baik...
tapi ada juga yg terpaksa ditolak 
sebab dah padat sangat...
Lagi pening bila 
anak dara(s) hujung minggu jer pun dah ada plan mereka...
mana x nya... from Friday duk sibuk nak ke
 Shah Alam
so dalam buzy2 tuu...
  rush jugalah ke
Shah Alam.
Everytime Karangkraft buat karnival...
Kids mesti dah block time & date untuk ke sana...
x pernah miss setiap tahun....
Mum pun suka membaca so kids pun terikut2 suka membaca...
Mum memang allocate a few RM every month untuk buy apa saja reading materials...
When there's a karnival... lagilah untung...
the book amount jadi Double...
mana x nyer...
Diskaun banyak...
x dpt kat tempat lain...
majalah2 terkini pun boleh dpt dulu di sini....
Yg added BONUS
datang Karnival Karangkraft
Artis pun ramai....
antaranya....

Dato' Fadzley...
Soo Winci....
Syamsul Yusoff
Hanis Zalikha...
Etc Etc Etc...
(cuma tahun ini x der rezeki x sempat nak berjumpa dgn 
Novelist cum Masterchef...
Shahriah Abdullah = (
my kids sibuk mencari Auntie Sha...
sebab biasa setiap tahun dpt jumpa.. 
In Sha Allah di lain waktu dan ketika)

*******

kat sini...
Artis Jalan sebelah sebelah jer 
punnnn x perasan...
bila org duk sibuk snap gambar 
kita berjalan..
tertoleh lah juga...
apasal lak mereka snap snap ni...
tengok2... 
artis kat sebelah...
hahahahaha...
senyum jer lah...
(malu)

Time Hot Top Actor ada...
fuhhhhh lagilah...
penuh 
peminat depan pentas utama...
(nanti kita story mory bab nii)







Emelda & Brian pun ada...


Fear Factor...
Dafi & Azli...
(Maryam x mahu pergi tempat lain...
sibuk duk tengok acara ni...
Sofia dah pening sebab too many people & cuaca pada hari terakhir Karnival Karangkraf agak terik  & panas)






*********************

Memang Happening kat sini... 
lebih lebih bila last day...
so many activities,
 so many booth, 
so many books, 
so many magazine...
sampai x tahu mana satu nak pergi...
& take part...
datang pula dgn BBoss
 so faham2 jerlah kannnn....
(time mum nak jalan2 dgn kids..
mujur ada tempat makan & minum disediakan di sekitar Karangkraf...
 so BigBoss duk situ jer)


Saida pun ada ....Cantik sangat...


Rezeki betullah kali niiii......
me & my kids dapatlah jumpa ...

"Hot Actor Aaron Aziz"

aduhhhh.......
finally dapat jumpa secara live....
Mum minat but not that fanatic...
but the teenage girls yg ada di sini....
fuuuuhhhhhh dashyat betul2 mereka2 tuuu...
terjerit jerit, terlompat lompat dan etc etc...

Mum setakat minat tengok dia berlakon jer..
nak tarik2 Aaron sampai nak terjatuh hero tuu dari stage x der lah walaupun Aaron hulur tangan nak bersalam...
bagi chance kat peminat2 fanatic dia jer lah...

Aaron kat dlm tv, 
dlm magazine sebiji gitulah
kat luar/live...
cuma semalam nampak sangat
 Aaron x berapa sihat
Top Hot Actor katakan...
jadul gerenti Padat sangat2....
Rezeki tengah HOT...


Sapa dia Aaron Aziz ni???

Full Name... Aaron Mustapha Aziz

Nama Glam.... Aaron Aziz

Berat....80 kg 
hahahaha siap tahu berat tuu..
soalan kuiz semlm..

DOB....23 Februari 1976
(penuhlah FB/Tweet Aaron nanti dgn wishes..)

Status... 
Married to Diyana Halik 
(so cute...slim /kecil jer tapi sangat sweet)

Kids.... 
Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa..


 Aaron Aziz mula berlakon sejak 
1999 di Singapura 
tapi peluang berlakon di 
Malaysia pada 2003...
Antara Drama & Filem :
 Emil Emilda watak Emil dgn Sharifah Amani
Rahsia Hati watak Syamir dgn Rita Rudaini
Habil dan Qabil dgn Siti Saleha
Nora Elena watak Seth dgn Siti Saleha..
Jiwa & Lara watak Zaman dgn Neelofa
Kekasih Awal & Akhir dgn Siti Saleha..
Evolusi KL Drift,
Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam
Pisau Cukur
KL Gangster...
Ombak Rinduuuu
Ngorat
etc etc...
Yg membuat ramai orang demam...
  drama...
Adam & Hawa sebagai Adam dgn Nadia Nisaa
Anugerah2 jgn katalah...
(u guys semua dah tahu kan... 
saja2 jer mum info2 lagi...)

Now...
Check this out...




Amboi Maryam,
 siap naik duduk atas pentas lagi...


Aaron Aziz hari ni jadi Juri....











Gulzs...
yang minat kat
Aaron Aziz...
don't forget to get this book..

banyak poster2 yg menarik di dalam nii...

















kenal x sapa ni????




Diyana & SleeQ..

Selesai show..
semua bergerak ke booth 
Media Hiburan....
Memang Havoc, Happening kat sana....
Mum & Kids dah terpaksa berangkat 
pulang sudaaaa....
Missed call punyerlah banyak dari BigBoss...

Till next time...

Bye for now...
Enjoy your Monday...

Smile...