Translate

Popular Posts

Wednesday, February 20, 2013

Pendaftaran Haji & Daftarlah untuk Anak2...


Lama x Story Mory kan...

ok, hari ni nak share sikit Info pasal 

Pendaftaran Haji...

Setiap kali pulang ke Kampung di KB...
Jalan nak masuk ke rumah my Beloved Mother In Law (BMIL) ada pejabat Tabung Haji Kelantan...

A few years back dah lama juga, x silap time tuu raya puasa...semua kids loaded..
Mum kata, Jom buka akaun kat Tabung Haji..
kebetulan surat beranak kids bawa setiap kali nak balik kampung....
Risau juga nak travelling balik KL masing2 penuh poket...
nak selamat better masukkan ke dlm akaun...
Maka, Alhamdulillah kami semua buka akaun kat Tabung Haji...
Sewaktu nak buka akaun TH, pegawai TH tanya..
x mahu daftar Haji ker??
"Tak apa, daftar dulu, bukan nak pergi sekarang pun. Nanti bila dah sampai giliran tu In Sha Allah dah bersedia. Kalau belum, boleh tolak dengan alasan munasabah."

Waktu tuu memang x terbuka hati lagi nak buat Haji.. Kids still small (alasan waktu itu)
 so kami kata x perlah nanti nanti...

X sangka selepas pulang ke KL... 
soalan pegawai TH tersebut 
asyik duk terdengar2...
Maka, sebulan selepas itu Mum & BigBoss ke Pejabat TH di Jln Ampang dan terus mendaftarkan diri... 
Alhamdulillah.

Rezeki Mum & BigBoss mendaftar sewaktu tiada niat hendak mengerjakan Haji lagi.

Sekarang dah 2013, panggilan ke Baitullah mula terasa semenjak tahun lepas lagi. Tahun lepas ditolak sebab quota tak mengcukupi...
Tahun ni merayu lagi untuk pergi.
Namun tiada jawapan positif lagi,
 kuota tambahan tiada nampaknya.
 Terus bedoa dan berharap.
 In Sha Allah pilihanNya adalah yang terbaik.
 Kami berdoa agar ada rezeki untuk ke Mekah lebih awal dari tarikh jangkaan.
 Apa2pun ianya tertakluk kepada kekosongan pada satu-satu masa kan.
Kena sabar, x mahulah potong2 queue orang lain..

*******************

Isnin lepas ke pejabat TH untuk kemaskini buku2 akaun dan pertukaran alamat... 
Alhamdulillah adalah rezeki sikit. 
Bonus TH tahun ini agak banyak kan dari tahun2 yang lepas... 
Alhamdulillah Alhamdulillah...Syukur.

Otw ke TH,
Memang dari rumah dah pasang niat nak tolong daftar Haji - anak2 bujang Mum yang dua orang tuu. Sampai di sana... pegawai TH tanya, kenapa tak daftarkan terus anak2 yang lain? 
Mum Tanya...Kenapa? Pegawai tersebut kata kalau daftar tahun 2013 ni.. kena tunggu lagi 44 tahun untuk giliran naik Haji...
Terdiam jap Mum...
 Lamanyer sekarang ni nak tunggu 
queue buat Haji...
Memandangkan dalam akaun Kids
 dah cukup jumlah yg diperlukan...
Mum pun tolong daftarkan untuk semua my kids yang still studying... 
x kiralah sekolah menengah ker, sekolah rendah ker... daftar jer dulu..
Alhamdulillah Lega rasa...


Agak lucu melihat borang2 my kids...
 Basyier, In Sha Allah umur 63, 
LuqH 60, Sofia 57 & Maryam 52....
Cam mana agaknyer rupa mereka waktu tuuu...


Mum nasihatkan sekarang ni sesiapa yang masih belum daftar Haji deposit jer RM1,300
 dan daftar terus. 
Jangan risau duit x cukup atau xder duit...
In Sha Allah, kita terlintas jer atau terniat nak daftar pun... rezeki akan ada...
Skim mendaftarkan Haji menggunakan caruman KWSP pun ada.
 Tak silap Syaratnya pun mudah sahaja, mesti ada minimum RM1,300 di akaun 1 KWSP dan ianya tidak perlu dikeluarkan pun. Mestilah berumur tidak lebih 55 tahun dan wajiblah beragama Islam.
 Jika pejabat Tabung Haji jauh dari tempat anda, pendaftaran melalui KWSP ni boleh juga dilakukan di cawangan Bank Rakyat dan juga Bank Islam. Jangan lupa bawa MyKad dan penyata KWSP anda ya. Sekali lagi diingatkan Ahli KWSP tidak perlu mengeluarkan simpanan untuk mendaftar haji, tunjuk penyata KWSP sahaja, dan bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Tabung Haji boleh membukanya di cawangan Tabung Haji dengan deposit yang minimum saja. 
Untuk keterangan lanjut boleh baca soal jawab di laman web KWSP. 

Satu lagi dugaan nak daftar Haji... selalu orang akan berkata... Jauhnyer nak pergi pejabat TH atau mana ada masa nak beratur dan menunggu lama kat pejabat TH...
dah lah jauh, jalan jem, cari parking berapa kali pusing dan etc etc... ader jer alasan kan...
no worries,
Zaman serba canggih ni..
Daftar memalui Web pun boleh...
Hanya di hujung jari jer...


 Pendaftaran haji ini adalah salah satu medium bagi memudahkan pendeposit TH untuk membuat pendaftaran haji.
Apa yang anda perlu lakukan adalah membaca syarat-syarat pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran secara Online.  
 Siapa yang layak mendaftar.
 1. Pendeposit TH yang mempunyai simpanan minimum RM1,300.00 dalam akaun TH.
 2. Tidak pernah menunaikan haji dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pendaftaran haji dibuat. 

 So, amat amat di sarankan kepada friends and family  semua jika belum daftar lagi, pergilah daftar segera.
 Tersangat ramai yang tengah menunggu giliran sekarang ni. 
Entah-entah kalau pergi lagi seminggu,
 kena tunggu lagi 46 tahun... Waa lagi tuaaa. 
larat ker nanti nak ke sana...????
Melainkan ada rezeki lebih, bolehlah pergi dengan mana-mana travel agency &
 boleh pergi awal sikit lah tapi itu pun tidak dapat nak pasti....bergantung kepada rezeki dan qouta..

 Semoga Allah panjangkan umur My Family & me supaya dapat menjadi tetamunya & berdoa supaya pada masa umur tu, kami masih kuat untuk mengerjakan ibadahnya. 

Yang pasti apa yg perlu dibuat adalah berdaftarlah haji kerana salah satu syarat Haji adalah berkemampuan
 - aman dalam perjalanan pergi dan balik
 dan yang ditinggalkan. 
 Ini boleh dikiaskan bahawa berdaftar adalah hukum tempatan yang perlu dibuat 
oleh semua orang. 
Sekurang kurangnya, ditakdirkan Allah kita meninggal dunia sebelum sempat menunaikan rukun yang ke 5 ini. Kita sudah daftar haji. 
Tapi, belum mendapat panggilan haji 
daripada Tabung Haji. 
Tapi, kalau kita meninggal dunia sebelum sempat daftar haji sekalipun.
 Walaupun kita berkemampuan.
 Apa kita nak jawab dihadapan Allah nanti.

p/s : take note, sekiranya diri sendiri dah daftar... Alhamdulillah Syabas... tapi TOLONGLAH daftar kan nama anak2 yer... kalau nak mereka sendiri daftar kena tunggu bila mereka bekerja nanti.... PANJANGGGGGGG/LAMA lah
 masa menunggu mereka...
Kesian kat anak2...
Bagi yang baru dapat baby tuu...
bolehlah buka akaun Tabung Haji... 
Baby Baru murah rezeki... 
setiap RM (rezeki) yang baby dapat, 
masukkan jer ke dalam akaun TH dia....
Mum memang buat begitu selalu..
 dari kecil, setiap rezeki baby dapat...Mum masuk jer ke dlm akaun terutama duit2 raya.
Dulu Mum buka akaun lain...tapi bila semua dah ada akaun Tabung Haji... mum transfer jer ke dlm akaun Tabung Haji kids... 
Alhamdulillah, mudah, lancar & senang jer Mum daftarkan nama Anak2 untuk Pendaftaran Haji hari tu...


Sharing is Caring....

No comments: