Translate

Popular Posts

Monday, September 2, 2013

Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh




Prosedur Am Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh


Prosedur Permohonan Murid ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh
1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan
Satu (1) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my .
2. Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
3. Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar
Sekolah masing-masing.
4. Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP
mengikut pilihan murid.
Syarat Pemilihan Murid Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh
1. Warganegara Malaysia
2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
4. Aktif dalam kokurikulum.
Keputusan Pemilihan dan Penempatan Murid Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh
1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari
setelah keputusan UPSR diumumkan.
2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
• Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysiahttp://www.moe.gov.my
• Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Cemerlang (“BPSBPSK”)
• Talian hotline BPSBPSK
• Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
• Warganegara Malaysia.
• Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh
badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau
penyakit berjangkit.
• Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan
menerima aliran yang ditetapkan.
• Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah
Berasrama Penuh yang berkaitan.

No comments: